HEADLINES

Pemain naturalisasi, perlindungan sosial pekerja antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Dewan Rakyat dijadual turut membentangkan beberapa RUU untuk bacaan kali kedua, termasuk RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 dan RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu pemain naturalisasi dan pelaksanaan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja menjadi antara agenda utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat yang dimuat naik di portal Parlimen, Zakri Hassan (PN–Kangar) meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan statistik pemain yang dinaturalisasikan sejak 2018 hingga kini pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang bermula pada pukul 10 pagi.

Beliau turut ingin mengetahui kelayakan serta kriteria yang digunakan kerajaan atau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menentukan seseorang pemain untuk diberi status naturalisasi.

Dalam sesi sama, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN–Tampin) meminta penjelasan Menteri Sumber Manusia mengenai perancangan kementerian untuk melaksanakan perlindungan keselamatan sosial 24 jam kepada semua pekerja termasuk yang bertugas secara syif, sambilan dan dalam sektor pekerjaan gig.

Sementara itu, Wan Hassan Mohd Ramli (PN–Dungun) mengemukakan soalan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung garis panduan bagi memastikan semua majlis rasmi, termasuk yang ditaja pihak swasta atau industri, mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003 (Pekeliling 3/2000) — khususnya larangan menghidang minuman beralkohol dalam program rasmi kerajaan.

Turut menarik perhatian ialah soalan Rodiyah Sapiee (GPS–Batang Sadong) kepada Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai strategi kerajaan mengembalikan kegemilangan industri koko negara serta menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran utama komoditi itu.

Selepas sesi soal jawab lisan, Dewan Rakyat dijadual meneruskan persidangan dengan pembentangan beberapa rang undang-undang untuk bacaan kali kedua, termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 dan RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025. – 9 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related