HEADLINES

Pesara lekat tulisan hebrew pada pikap kerana minat tulisan asing, tempah sejak 13 tahun lalu: polis

Pesara itu mengolah tulisan berkenaan dengan menukarkan Israel kepada Malaysia, menjadikan ia sebagai ‘Malizia Beiteinu’ yang bermaksud ‘Malaysia Rumahku'

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu yang mempamerkan pelekat bertulisan Hebrew bukan bertujuan menyebarkan mesej pro Israel sebaliknya kerana minat terhadap pelbagai tulisan asing termasuk Greek dan Rusia.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemilik kenderaan itu yang berusia 59 tahun dan merupakan seorang pesara, telah menempah pelekat berkenaan di sebuah kedai di Selangor sejak 13 tahun lalu.

“Dia pernah terlihat satu tulisan dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud ‘Israel Betainu’, iaitu ‘Israel Rumahku’.

“Kemudian, dia mengolah tulisan itu dengan menukarkan perkataan Israel kepada Malaysia, menjadikannya ‘Malizia Beiteinu’ yang bermaksud ‘Malaysia Rumahku’.

“Sejak 13 tahun lalu, ia tidak pernah menimbulkan sebarang isu sehinggalah baru-baru ini apabila tular video berdurasi 14 saat memaparkan kenderaan di media sosial dan disalahtafsir pada 7 Oktober lalu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Video kenderaan tersebut dikongsi seorang pengguna thread sehingga mencetuskan ribuan reaksi amarah selain mempersoalkan tindakan pemilik kenderaan itu.

Dalam pada itu, ditanya adakah polis mengarahkan pelekat itu dibuka, Dzulkhairi berkata tiada arahan sedemikian dibuat kerana setakat ini suspek memberitahu ia bukan bertujuan menyampaikan mesej kepada Israel.

“Namun, ini bukanlah bermaksud kita percaya sepenuhnya terhadap dakwaan suspek,”katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam.

Siasatan turut dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, kerana kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.

Ujar Dzulkhairi, pesara itu yang telah bersara sejak empat tahun lalu juga telah membuat laporan polis selepas kenderaannya tular di media sosial dan perkara itu disedari oleh adiknya yang sering menggunakan kenderaan tersebut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang provokasi atau ulasan melampau di media sosial susulan isu ini. – 9 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related