HEADLINES

Anwar bentang Belanjawan 2026 petang ini

Belanjawan ini keempat dibentangkan oleh Kerajaan Madani dan amat penting kerana ia merupakan yang pertama di bawah RMK13

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2026 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini.

Belanjawan ini adalah yang keempat dibentangkan oleh Kerajaan Madani dan amat penting kerana ia merupakan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menetapkan hala tuju pembangunan negara untuk tempoh lima tahun.

Menurut laman web Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 akan memperkukuh asas sedia ada Belanjawan Madani, dengan memfokuskan kepada tiga tonggak Ekonomi MADANI: meningkatkan pertumbuhan negara, mengangkat taraf hidup rakyat, dan memperkasakan tadbir urus serta reformasi sektor awam.

Orang ramai boleh mengikuti pembentangan Belanjawan 2026 ini secara langsung di semua stesen televisyen dan media sosial. Jangan lepaskan peluang menonton Program Khas Analisis Pra-Pembentangan Belanjawan 2026 di Bernama TV bermula jam 3 petang.

Bagi menghadapi ketidaktentuan global dan persaingan sengit, Belanjawan 2026 akan menumpukan kepada dua perkara: memacu agenda ekonomi jangka panjang dan menangani cabaran segera untuk mengekalkan momentum pertumbuhan serta melindungi daya tahan ekonomi negara.

Pada masa sama, kenyataan pra-Belanjawan 2026 menyatakan bahawa usaha akan ditingkatkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui bantuan yang lebih bersasar dan berteraskan keberhasilan bagi menambah baik kualiti hidup.

Dalam taklimat media, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa Belanjawan 2026 Kerajaan Madani akan menumpukan pada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi, dan pembinaan asas negara yang mampan dan inklusif.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan melalui proses perbahasan selepas dibentangkan hari ini.

Ia akan dibahaskan di Peringkat Dasar selama lapan hari, diikuti sesi penggulungan oleh kementerian dari 29 Okt hingga 4 Nov.

Perbahasan di Peringkat Jawatankuasa akan menyusul dari 5 hingga 27 November sebelum ia diluluskan. – 10 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related