HEADLINES

Pendidikan percuma PTPTN pada sejumlah pelajar antara reformasi paling besar : Fahmi

Antara reformasi yang paling besar adalah pendidikan percuma bagi sejumlah pelajar yang menepati kriteria di bawah PTPTN

8:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesinambungan program seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Awal Persekolahan mencerminkan komitmen kerajaan Madani bagi memastikan kebajikan rakyat walaupun dalam fasa penjimatan fiskal.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, antara reformasi yang paling besar adalah pendidikan percuma bagi sejumlah pelajar yang menepati kriteria di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Dengan tatakelola dan urus tadbir yang baik, kita dapat kurangkan ketirisan dan pembaziran. Melalui penyasaran semula subsidi, penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, katanya, tindakan tegas pihak berkuasa menghalang aktiviti penyeludupan turut memberikan kesan besar terhadap hasil negara, dengan nilai penjimatan mencecah RM15.5 bilion sejak tahun lepas.

Bagi sektor komunikasi pula, Fahmi berkata sebanyak RM2 bilion diperuntukkan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi melaksanakan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bagi menggantikan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang dibina pada 2012-2013.

“Tujuannya adalah untuk memastikan kesalinghubungan (antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak) terus terjamin.

“Selain itu, Perdana Menteri turut umum pembangunan sovereign cloud oleh MCMC serta peruntukan baharu bagi penghasilan kandungan kreatif melalui MyCreative Ventures dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas),” katanya.

Fahmi turut menyifatkan Bajet 2026 sebagai bukti keberhasilan reformasi kerajaan yang menyeimbangkan kecekapan fiskal dengan keutamaan sosial.

“Itu mesej utama daripada Belanjawan 2026 ini,” katanya. – 10 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Mahathir at 100: A look back at the policies, events, and legacy of Malaysia’s longest-serving prime minister

From Vision 2020 and Proton to Operasi Lalang and the 1MDB fallout, Mahathir’s century-long journey reflects the triumphs, controversies and contradictions that shaped modern Malaysia

Related