◉ HEADLINES

Ribut landa Sijangkang, seorang wanita dilapor cedera dihempap runtuhan

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian ribut dilaporkan berlaku di Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang, Selangor, petang ini.

Video-video yang tular di media sosial menunjukkan angin kuat melanda kawasan berkenaan dengan ada bumbung bangunan tercabut, dalam kejadian dilaporkan pada jam 4.24 petang.

Malah ada video memaparkan bumbung yang runtuh menghempap kenderaan dan ada sebahagian bangunan runtuh.

Antara yang terjejas teruk adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya.

Dalam pada itu, seorang wanita berusia 51 tahun dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memberitahu, mangsa dalam keadaan sedar dan berjaya dikeluarkan pada jam 5.05 petang.

“Pada jam 5.05 petang mangsa telah berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan peha.

“Dia diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan. Runtuhan juga melibatkan sebuah surau KAFA berhampiran dan terdapat anggaran tujuh hingga sembilan orang pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan,’’ katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

BDS Malaysia says has never called for boycott of KFC

NGO chief says customers snubbing fried chicken franchise mainly due to prices

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related