◉ HEADLINES

Tiga bulan gagal dapat pekerjaan: Siasat segera sindiket bawa masuk 171 warga Bangladesh

Azalina tegaskan ia sebagai jenayah kemanusiaan, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan segera mesti dijalankan terhadap sindiket yang bertanggungjawab membawa masuk 171 warga Bangladesh ke Malaysia untuk pekerjaan yang tidak wujud.

Gesaan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said susulan penahanan warga berkenaan di kawasan depan simpang dekat Teluk Ramunia Bayu Damai, Kota Tinggi, Rabu lalu.

Scoop difahamkan, 171 warga Bangladesh berkenaan berjalan kaki beramai-ramai ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan selepas mendakwa ditipu ejen pekerjaan.

Menurut Azalina, syarikat terbabit perlu dikenakan tindakan dan siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana pekerja yang sah telah dieksploitasi dengan janji palsu untuk bekerja di negara ini.

Menggambarkan kejadian itu sebagai ‘tip of the iceberg’ (hanya sebahagian kecil daripada isu yang sebenarnya), katanya, ia jelas adalah jenayah kemanusiaan.

“Tiada toleransi terhadap pelanggaran hak asasi manusia termasuk di sektor pekerjaan. Ini adalah masanya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit,” katanya di laman X.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora mengesahkan penahanan 171 pekerja asing warga Bangladesh kerana menimbulkan kegusaran awam selepas dirakam berjalan kaki beramai-ramai di kawasan depan simpang dekat Teluk Ramunia Bayu Damai, Kota Tinggi.

Katanya, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi pemeriksaan lanjut susulan laporan polis dibuat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kejadian tersebut.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memanggil agensi termasuk majikan yang terlibat dalam pengambilan 171 pekerja asing dari Bangladesh kerana gagal mendapatkan pekerjaan selepas tiga bulan berada di negara ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan pada minggu ini.

Malah katanya, KSM akan membantu pekerja terlibat bagi mendapatkan pekerjaan sewajarnya.

Azalina turut berterima kasih kepada KSM kerana membantu pekerja asing terbabit yang didakwa ditipu ejen pengembilan yang berjanji untuk mendapatkan mereka pekerjaan di negara ini. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related