HEADLINES

Anwar hubungi pemimpin Pakistan, Afghanistan komited cari penyelesaian damai

PM menyuarakan kebimbangan terhadap konflik berpanjangan itu dan komited mencari jalan damai menerusi diplomasi dan dialog

10:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peningkatan ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan yang membimbangkan perlu segera diselesaikan secara damai melalui saluran diplomasi dan dialog, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Anwar, Malaysia memandang serius konflik berpanjangan di sempadan kedua-dua negara terbabit dengan peperangan hanya menambah sengsara rakyat dan menggugat keamanan di rantau ini.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan Mullah Mohammad Hassan Akhund lewat malam tadi.

Ia bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang berpanjangan sejak sekian lama.

Anwar menegaskan kepentingan untuk mencari penyelesaian secara damai melalui saluran diplomasi dan dialog, demi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan serta kestabilan rantau ini.

“Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Pakistan dan Afghanistan, serta komuniti antarabangsa, dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, memperkukuh semangat persaudaraan Islam dan menyokong segala inisiatif ke arah keamanan serta kestabilan serantau termasuk rundingan damai yang sedang diusahakan di bawah kelolaan Kerajaan Qatar,” katanya dalam perkongsian di Facebook. 

Media terdahulu melaporkan Pakistan dan Afghanistan bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas rundingan di Doha, Qatar, menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar pada Ahad.

Rundingan damai itu diusahakan dengan perantaraan Qatar dan Turkiye.

Dalam perbualan sama, Anwar turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati berikutan musibah banjir yang melanda Pakistan serta gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan baru-baru ini. – 19 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Bryan Lomas joins South Korea as national diving coach

34-year-old three-time Olympian's contract will last until the 2026 Asian Games

Related