◉ HEADLINES

Kes tikam: Tempoh reman suspek dilanjut seminggu lagi

Polis berkata Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi membenarkan tempoh reman dilanjutkan sehingga Selasa depan

10:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh reman suspek yang ditahan berhubung kes tikaman di sebuah sekolah di Bandar Utama dilanjutkan seminggu lagi, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi membenarkan tempoh reman dilanjutkan sehingga Selasa depan, lapor BH.

Shamsudin memaklumkan semalam, pihaknya akan memohon lanjutan perintah reman terhadap suspek berikutan tempoh reman terdahulu tamat hari ini.

Tambah beliau, esok kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan, Yap Shing Xuen, 16, maut akibat ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama pada Selasa lalu.

Suspek yang juga rakan sekolah mangsa, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, ditahan pada hari kejadian bersama senjata tajam. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related