HEADLINES

Mafia korporat: PKR pertimbang tindakan mahkamah

Parti akan bertindak terhadap individu dalam atau luar parti yang terus menyebarkan tohmahan

9:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR memberi amaran keras akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan kepimpinan parti itu dengan tuduhan menerima wang bagi menyelesaikan skandal “mafia korporat”.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, menegaskan parti memandang serius dakwaan yang tular kebelakangan ini kononnya ada pemimpin terlibat dalam urusan haram demi kepentingan tertentu.

“Dakwaan berkenaan sebagai satu cubaan terdesak oleh pihak tertentu untuk menutup kesalahan atau salah laku sendiri dengan mengheret reputasi parti.

PKR ingin menegaskan bahawa tuduhan seumpama ini amat mudah untuk dibuat, lebih-lebih lagi oleh pihak-pihak yang terdesak untuk melepaskan diri daripada kesalahan atau salah laku mereka sendiri.

Dalam hal ini, PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau tohmahan terhadap kepimpinan parti tanpa sebarang asas yang sahih.

Tindakan undang-undang akan dipertimbangkan dan diambil sewajarnya, sama ada terhadap individu di dalam mahupun di luar parti,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Dakwaan RM9.5 Juta

Kenyataan itu menyusul selepas ahli perniagaan Victor Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR menerima wang berjumlah RM9.5 juta bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan mafia korporat terhadap syarikatnya.

Dalam dokumen kronologi setebal 40 halaman, Chin mendakwa diminta menyediakan RM10 juta oleh seorang wakil rakyat PKR untuk berunding dengan “geng mafia korporat”. Beliau mendakwa telah menyerahkan RM9.5 juta, namun baki RM500,000 tidak dibayar kerana isu yang dihadapinya gagal diselesaikan.

Chin, yang turut dikaitkan dengan siasatan pengubahan wang haram, mengancam akan mendedahkan identiti ahli parlimen tersebut sekiranya wang tidak dipulangkan sebelum 30 Mac.

Penafian R Ramanan

Susulan itu, Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan, tampil menafikan dirinya terlibat dalam skandal tersebut.

“Hanya Chin boleh jawab siapa Mr R… ada sebahagian cuba mengaitkan Mr R itu dengan saya. Dia kononnya cakap Mr R itu saya.

Individu itu mendakwa ratusan juta saham dipindahkan kepada saya. Saya tidak mempunyai sebarang pemilikan saham. Saya tidak fikir mana-mana MP akan terlibat dengan transaksi saham bernilai ratusan juta,” katanya.

PKR tegas tolak fitnah

Mengulas lanjut, Dr Fuziah menegaskan sebarang dakwaan tanpa bukti kukuh tidak seharusnya dilayan sebagai fakta atau dijadikan alat untuk mencemarkan nama baik individu.

“PKR tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap penyebar fitnah, sama ada mereka berada di dalam mahupun di luar parti.

Tindakan undang-undang akan dipertimbangkan dan diambil sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau tohmahan tanpa sebarang asas yang sahih,” katanya lagi. – 26 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related