HEADLINES

Amanat Merdeka PM: Kerajaan pertahan hak setiap rakyat, elak cubaan lemahkan semangat perpaduan

Jaminan semua bahawa hak setiap warganegara mengamalkan agama mereka, memuliakan budaya, termasuk suku kaum mereka tetap dipertahankan

4:49 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan sentiasa mempertahankan hak setiap rakyat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, tumpuan dan perhatian seharusnya diberikan ke arah mengelak apa sahaja usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan serta perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Jangan remehkan hal ini, ada negara hebat muncul sebagai negara gagah, tamadun hebat tapi hancur bukan sahaja kerana tata kelola dan rasuah, tapi kerana bermain api perkauman serta kefanatikan negara.

“Ada negara maju perbedaan itu boleh menjadi kekuatan, (namun ada) perbedaan itu boleh merosakkan sendi masyarakat dan kekuatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Bersama Perdana Menteri 2023 di hadapan lebih 6,000 hadirin di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan mahu menjadikan pentadbiran berkonsepkan Madani yang boleh mengangkat martabat semua rakyat.

Katanya, martabat itu boleh diangkat sekiranya dasar kerajaan, hukum negara dan keterlanjuran yang pernah berlaku boleh dihindari.

“Sekiranya wacana dan kebebasan kita itu digunakan dengan waras dan bijak, bukan kebebasan untuk adu domba, kebebasan untuk mencerca serta menghina, tapi kebebasan untuk mengangkat martabat manusia,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, masalah negara bukan masalah kaum, perbedaan budaya dan agama.

“Allah jadikan supaya kita kenal dan hormat satu sama lain, tapi mesti terima kenyataan itu, tidak siapa yang pertikai peruntukan mutlak dalam negara, iaitu Bahasa Melayu , Islam agama Persekutuan, soal hak istimewa Bumiputera serta kedaulatan negara Melayu.

“Negara ini tegak dulunya, tegak sekarang dan insya-Allah akan tegak, hebat dengan memperakui kontrak sosial di antara semua kaum.

“Jaminan semua bahawa hak setiap warganegara mengamalkan agama mereka, memuliakan budaya, termasuk suku kaum mereka tetap dipertahankan,” katanya.

Selain itu Anwar berkata, usaha memastikan jiwa merdeka juga mesti berterusan serta memaknai merdeka supaya segala khazanah, kekuatan dan usaha adalah untuk mengembalikan hak kepada rakyat.

“Mengangkat martabat negara ini dan saya yakin kalau semangat ini ada dalam kalangan rakyat, Malaysia akan muncul sebagai negara hebat serta gagah di Asia Tenggara ini

“Syaratnya ialah semangat yang sudah diperkukuh bapa-bapa kita, persatuan, perpaduan dan menerima kenyataan bahawa kita merdeka dengan suku kaum induk Melayu dan Bumiputera, selain pernyertaan rakan lain Cina, India, Orang Asli, Melanau, Dayak, Dusun, Kadazan dan semuanya masuk sebagai satu keluarga,” katanya.

“Kita mesti pertahankan semangat bahawa negara ini adalah negara milik semua rakyat Malaysia. Kesatuan dan perpaduan kita pupuk ini untuk apa? Untuk dijamin masa depannya melalui dasar serta pelaksanaan sekarang, itu mesti dan wajib dipertahankan,” katanya. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related