HEADLINES

Akaun bank berkait AMLA, penyalahgunaan AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu penutupan akaun bank kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram (AMLA) serta risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara perkara yang akan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Teresa Kok Suh Sim (PH–Seputeh) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan memperkemas koordinasi antara institusi perbankan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguat kuasa bagi mempercepat proses rayuan akaun bank yang ditutup atas syak terlibat dalam kes AMLA, supaya prosedur yang lebih telus, berkesan dan tidak membebankan pemegang akaun dapat diwujudkan.

Pada sesi sama, Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengemukakan soalan kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai perincian projek tenaga hijau (angin) dari Vietnam yang akan mendarat di Kelantan sebelum dialirkan ke Singapura, termasuk lokasi dan pelan pelaksanaannya.

Beliau juga ingin mengetahui perancangan pelaksanaan projek tenaga hijau di Pantai Timur Semenanjung bagi peringkat Asean.

Sementara itu, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) meminta Menteri Komunikasi menjelaskan langkah yang telah dan akan diambil oleh kementerian bagi membendung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti deepfakeChatGPT dan lain-lain dalam penyebaran berita palsu serta manipulasi imej dan suara yang boleh menimbulkan keresahan awam dan ketegangan antara kaum.

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sambungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) peringkat dasar yang memasuki hari kelima, selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Okt lepas.

Menurut takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan peringkat dasar diadakan selama lapan hari sehingga 28 Oktober, manakala perbahasan peringkat jawatankuasa selama 14 hari bermula 5 hingga 27 November.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini. – 22 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related