◉ HEADLINES

Banjir: Lebih 2,000 penduduk di Perak dipindahkan, R&R Taiping ditutup

Setakat 8 pagi ini, 759 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sementara (PPS)

8:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 2,776 penduduk di Perak terpaksa dipindahkan susulan hujan lebat selama beberapa jam di kawasan berkenaan yang mengakibatkan kawasan mereka dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, setakat 8 pagi ini, 759 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, 19 PPS dibuka di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) yang menempatkan 1,784 penduduk, manakala tiga PPS di Manjung menampung 387 penduduk, lapor Bernama.

Antara PPS di LMS ialah Dewan Perdana Trong, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Masjid Al-Wusta Batu 8, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan SK Batu Hampar, manakala di Manjung melibatkan SK Sungai Batu, SK Beruas dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di dua daerah berkenaan dinaiki air, dengan operasi menyelamat dan bantuan digerakkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir akan melanda daerah LMS, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak pagi ini.

Tiga sungai iaitu Kolam Bukit Merah, Sungai Kampar dan Sungai Slim dilaporkan berada pada paras bahaya.

Sementara itu, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Taiping arah utara di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) telah ditutup sementara waktu.

“Susulan berlaku banjir di Hentian Sebelah Taiping Arah Selatan. Hentian Sebelah tersebut ditutup buat sementara waktu.

“Sila rancang perjalanan anda. Segala kesulitan yang dialami ketika ini amat dikesali,” kata Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam aplikasi X. – 24 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related