HEADLINES

Aplikasi Saudi Visa Bio, pencapaian dasar luar negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Soalan berkait status operasi semasa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 juga akan diajukan

8:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan aplikasi Saudi Visa Bio untuk permohonan visa jemaah haji dan pencapaian dasar luar negara sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, Manndzri Nasib (BN-Tenggara) akan meminta Menteri Luar menjelaskan mengenai usaha mengukuhkan perpaduan dan pemusatan berkaitan ASEAN menghadapi cabaran geopolitik semasa pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, S. Kesavan (PH-Sungai Siput) pula akan meminta Menteri Luar menyatakan usaha terkini kerajaan bagi membela nasib umat Islam Gaza akibat kekejaman rejim Zionis Israel dan kegagalan seluruh dunia untuk menghentikan kezaliman itu.

Semasa sesi soal jawab, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) pula akan meminta Perdana Menteri menjelaskan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan aplikasi Saudi Visa Bio, yang didapati ada kelemahan apabila sebilangan jemaah haji gagal mendaftar data biometrik meskipun telah mencuba berkali-kali.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pula akan mengemukakan soalan kepada Menteri Pertahanan mengenai status operasi semasa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, merangkumi jumlah fasa yang telah disiapkan, bilangan rekrut terlibat, lokasi latihan serta perubahan utama diperkenalkan berbanding versi terdahulu.

Selesai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 diikuti pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025. 

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 dijadualkan berlangsung 24 hari dan antara yang menjadi tumpuan ialah pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 pada 31 Julai ini. – 24 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related