◉ HEADLINES

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor maut nahas di Pagoh

Allahyarham dalam perjalanan menghadiri Permukiman Pemuda Pas Negeri Johor di Pagoh, semalam

8:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ), Muhammad Ariff Haron, 33, maut dalam nahas di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dalam perjalanan menghadiri Permukiman Pemuda Pas Negeri Johor di Pagoh, semalam.

Ketua Pemuda DPPNJ, Mohd Ridhwan Salamun, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Ariff, 33, di Kilometer 48.1 Lebuhraya Utara Selatan itu pada jam 11.54 pagi semalam.

Mohd Ridhwan berkata, sebelum kejadian, Allahyarham sempat menghantar isteri dan tiga anaknya ke rumah mentua di Ulu Tiram dengan menaiki kereta sebelum menunggang motosikal seorang diri ke Pagoh bagi menghadiri program berkenaan.

“Allahyarham tidak sempat mengelak sebuah kenderaan yang sedang berhenti di laluan kecemasan. Mangsa parah dan terbaring atas jalan sebelum dibantu sekumpulan penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan Muhammad Ariff bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Negeri Johor.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat perjuangan serta seluruh warga besar PAS Johor,” katanya.

“Beliau dikenali sebagai seorang yang tenang, lemah lembut dalam pertuturan, namun tegas dalam prinsip perjuangan,” katanya.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Mukminin Bandar Tiram di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil. – 26 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related