HEADLINES

67 mangsa cedera masih dirawat di 4 hospital awam: KKM

41 orang sudah discaj setelah menerima rawatan masing-masing

7:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 67 orang daripada keseluruhan 145 mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, masih menerima rawatan di empat hospital awam setakat 4 petang ini.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan kepada media, seramai 28 orang daripada mereka menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Hospital Cyberjaya (24), Hospital Putrajaya (13) dan dua di Hospital Ampang.

Data itu juga menunjukkan 37 mangsa dirawat di lima hospital swasta, termasuk 22 orang di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), lapan di Subang Medical Centre (SMC), lima di Hospital Avisena dan seorang mangsa di Hospital Thomson.

Baki 41 mangsa pula sudah discaj setelah menerima rawatan masing-masing.

Menurut KKM, sejak insiden dilaporkan kira-kira 8 pagi, 106 orang menerima rawatan awal di Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya, yang dijadikan pusat pemindahan sementara untuk menempatkan mangsa sebelum dirujuk ke hospital berdekatan.

Kenyataan itu memaklumkan sramai 39 orang lagi datang sendiri (walk-in) ke hospital awam atau hospital serta klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, menerusi catatan di Facebook beliau, memaklumkan kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 3.45 petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang 500 meter berlaku berhampiran kawasan perumahan awam. – 1 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related