◉ HEADLINES

KDN timbang kelulusan kuota khas pekerja asing untuk keperluan ladang sawit

Ia susulan permintaan daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berikutan kekurangan tenaga kerja asing bagi sektor berkaitan

6:39 PM MYT

 

SHAH ALAM- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan kelapa sawit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mendapat permintaan daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berikutan kekurangan tenaga kerja asing bagi sektor berkaitan.

“Sejak bulan September tahun lalu, kita sudah tutup..tiada lagi permohonan pekerja asing yang baharu.

“Namun Datuk Johari kata bukalah untuk pekerja ladang lagi la Sabah Sarawak sana..teruk tak boleh petik buah, rugi ladang-ladang sana.

“Saya cakap..hold dulu, tanya dulu dengan syarikat ladang berapa ramai you perlu, kemudian kita akan buat tapisan.

“(Contoh) Lembaga Getah akan tapis, pihak jaga sawit akan tapis..sahkan dulu, kemudian baru kita bermesyuarat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Siri Syarahan Menteri: “Madani Sedang Direalisasi, Dekad Baharu Malaysia” di UiTM Shah Alam hari ini.

Sebelum ini Saifuddin berkata, pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau berkata, hal ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September tahun lalu didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.

Saifuddin Nasution berkata, jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

Selain itu beliau berkata, isu pekerja asing menjadi antara yang ditumpukan rakyat berikutan masalah sosial yang berbangkit.

“Perlu atau tidak pekerja asing didatangkan di negara kita pada ketika ini? untuk petik sawit, kerja di kilang, sektor pembinaan.

“Kalau kita kata tak perlu, berapa ramai anak muda kita Melayu Cina India yang sanggup ikat batu bata, petik sawit di ladang, pemandu kren.

“Kalau kita berfikit dengan waras, nescaya kita fikir kita perlukan, kalau tidak lima sektor ekonomi, tidak berjalan,” katanya. – 16 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related