HEADLINES

Jet pejuang, helikopter Tentera Laut AS terhempas di Laut China Selatan

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua anak kapal berjaya diselamatkan

9:47 AM MYT

 

ISTANBUL – Dua pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas dalam dua kejadian berasingan di Laut China Selatan semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Armada Pasifik AS dalam satu kenyataan di platform media sosialnya, sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang ditempatkan di Helicopter Maritime Strike Squadron 73 ‘Battle Cats’ terhempas pada kira-kira jam 2.45 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi rutin.

Kenyataan itu mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan semua tiga anak kapal berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian kedua, sebuah jet pejuang jenis F/A-18F Super Hornet yang ditempatkan di Strike Fighter Squadron 22 ‘Fighting Redcocks’ turut terhempas ketika operasi rutin.

Dua anak kapal pesawat itu sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat daripada Carrier Strike Group 11.

“Semua anggota yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan stabil. Punca kedua-dua insiden kini sedang disiasat,” kata kenyataan itu. – 27 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related