HEADLINES

KPDN siasat dakwaan yang tular berkait kuantiti, kualiti RON95

KPDN menerima enam aduan berkaitan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95 dan tiada aduan rasmi diterima berkaitan isu kualiti rendah

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius dakwaan di media sosial kononnya pengguna menerima kuantiti dan kualiti minyak RON95 yang diragui selepas pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (Budi95).

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata susulan dakwaan itu, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali mengarahkan tindakan segera dan menyeluruh bagi memastikan hak pengguna terus dilindungi.

“Sehingga kini KPDN sudah menerima enam aduan berkaitan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95 dan tiada aduan rasmi diterima berkaitan isu kualiti rendah.

“Sehubungan itu, pegawai penguat kuasa KPDN sudah menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95,” katanya satu kenyataan, hari ini.

Menurut Azman, tindakan dilaksanakan termasuk pemeriksaan ke atas pam minyak dan semakan rekod jualan.

Katanya, hasil siasatan mendapati tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

“Kementerian ingin menegaskan pelaksanaan Budi95 tidak membabitkan sebarang perubahan terhadap kuantiti atau kualiti petrol RON95 yang dijual kepada pengguna.

“Bagaimanapun, pemeriksaan berterusan akan diadakan termasuk pengambilan sampel secara rawak dan pengujian ketepatan sukatan,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata, pihaknya juga memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini dan boleh didenda di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730).

“Syarikat terbabit boleh didenda tidak melebihi RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya tidak melebihi RM500,000.

“Bagi kesalahan individu, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa yang sama, KPDN menggalakkan orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat berhubung isu ini untuk menyalurkan laporan rasmi kepada pihaknya. – 1 November, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related