◉ HEADLINES

Gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini: Kesuma

Arahan ini khusus bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja serta tidak menjalankan aktiviti profesional seperti yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020

11:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2024 yang menetapkan kadar baharu sebanyak RM1,700 sebulan secara rasmi dikuatkuasakan kerajaan hari ini, kata Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Kesuma dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan arahan ini khusus bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja serta tidak menjalankan aktiviti profesional seperti yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020.

Kementerian itu berkata, langkah berkenaan berkuat kuasa serta-merta seiring dengan pewartaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025, yang turut memperluaskan pelaksanaan gaji minimum kepada golongan ‘pekerja kontrak perantisan’.

Kontrak perantisan merujuk kepada pekerja yang diambil dan dilatih secara sistematik oleh majikan dalam sesuatu bidang kemahiran, dalam tempoh antara enam hingga 24 bulan.

“Sepanjang tempoh latihan itu, perantis terikat untuk bekerja bersama majikan yang melatihnya.

“Pindaan ini merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kebajikan semua golongan pekerja, termasuk perantis, terus terbela,” katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Kesuma turut merakamkan penghargaan kepada majikan yang telah terlebih dahulu melaksanakan bayaran gaji minimum kepada pekerja perantisan.

Kementerian itu turut mengingatkan mana-mana majikan yang membayar lebih daripada kadar minimum tidak dibenarkan menurunkan kadar tersebut.

“Kesuma juga menggesa semua majikan supaya mematuhi undang-undang berkaitan gaji minimum yang kini dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak).

“Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan majikan dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja jika disabitkan kesalahan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pembentangan Bajet 2025 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025

Dalam pada itu, Kesuma turut mengingatkan gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

Perbicaraan kes Muhyiddin: RM6 juta dimasukkan ke akaun Bersatu pada 2022 – pegawai bank

Muhyiddin, 78, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa

Negeri Sembilan crisis highlights flaws in Malaysia’s electoral system: Projek Sama

Watchdog calls for electoral reform, warning that similar political crises may recur unless systemic changes are addressed

◉ Related