◉ HEADLINES

Nga Kor Ming ‘terima teguran dengan hati terbuka, sedia jumpa media terlibat’

Nga Kor Ming menyatakan kesudian untuk bertemu dengan media terlibat dalam masa terdekat

10:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima dengan hati terbuka teguran yang dibuat ke atasnya susulan kontroversi dengan seorang wartawan semasa program pra pelancaran ‘I Lite U’ baru-baru ini.

Menurut Kor Ming, beliau juga sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan dalam perkara berkenaan dengan rendah hati sudi untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat.

“Saya dengan rendah hati sudi untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan teratur,’’ katanya.

“Selaku pemimpin saya ingin menegaskan bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media dan tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak terutama wartawan yang merupakan tunggak informasi Kerajaan Madani.

“Objektif saya hanyalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia masyarakat berbilang kaum yang inklusif, progresif dan sentiasa mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini ini, Nga Kor Ming terlibat dalam kontroversi selepas didakwa mengugut seorang wartawan yang bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kejadian itu berlaku apabila wartawan berkenaan bertanya mengapa tema projek tersebut menggunakan bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan.

Susulan itu, Kor Ming menerima teguran ramai malah banyak pihak mencadangkan supaya beliau membuat permohonan maaf sebagai tanda kematangan berpolitik.

Dalam pada itu, Kor Ming memberitahu, beliau menghargai kehadiran serta sokongan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan inisiatif KPKT kepada rakyat. – 2 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related