◉ HEADLINES

Mahkamah benar Ilham Tower cabar tindakan SPRM sita menara

Mahkamah turut membenarkan penangguhan sementara bagi menghalang SPRM daripada melucut hak harta itu

4:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membenarkan Syarikat Ilham Tower Sdn Bhd hari ini memulakan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyitaan Menara Ilham, yang dimiliki keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Hakim Datuk Amarjeet Singh turut membenarkan penangguhan sementara (ad-interim stay) hingga 1 Disember bagi menghalang SPRM daripada melaksanakan tindakan pelucuthakan terhadap bangunan berkenaan yang terletak di Jalan Binjai.

Menurut Hakim, perintah sementara itu bertujuan mengelakkan sebarang tindakan pelucuthakan sehingga pendengaran penuh semakan kehakiman, di mana syarikat itu akan berhujah untuk membatalkan notis rampasan berkenaan.

Memetik laporan BH, Ilham Tower mencabar kesahan perintah penyitaan tersebut dan menuntut mahkamah mengisytiharkannya tidak sah serta terbatal.

Syarikat itu turut memohon perintah certiorari bagi membatalkan notis rampasan serta semua keputusan atau tindakan berkaitan.

Selain itu, Ilham Tower turut memohon perintah mandamus supaya responden kedua atau mana-mana pegawai, pekerja, ejen, atau individu yang diberi kuasa di bawah responden kedua membatalkan notis rampasan tersebut.

Ilham Tower diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au, manakala pihak responden termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diwakili Peguam Persekutuan Kanan Nurhafizza Azizan dalam prosiding hari ini.

Permohonan itu difailkan pada 23 Jun melalui firma guaman Messrs Raj & Sach.

Balu Allahyarham Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, disenarai sebagai salah seorang pengarah Ilham Tower.

Selain Azam, responden lain termasuk pegawai kanan SPRM Mohd Razi Rahhim @ Rahim, Ahmad Akram, pendakwa raya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Malaysia.

Jun lalu, SPRM telah mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk merampas Menara Ilham berdasarkan Notis Rampasan Harta Tak Alih di bawah Seksyen 51(1) Akta SPRM bertarikh 4 Jun. – 4 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related