HEADLINES

[Kemas Kini] ‘Saya tak pernah lari’: Namewee

Pengarah itu hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis malam tadi dan kini ditahan reman mulai 5 hingga 10 Nov ini

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem dan penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih popular dengan Namewee, muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan membabitkan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini, 22 Oktober lalu.

Namewee, 42, berkata demikian dalam perkongsian di Facebook malam tadi menjelaskan bahawa dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

Penggiat seni itu menjelaskan, dia hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan.

“Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis seterusnya, saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan, supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.

“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.

Semalam, media melaporkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berusia 31 tahun itu dijalankan termasuk kemungkinan menahan Namewee.

Difahamkan, ia berikutan Namewee adalah individu terakhir yang berada bersama mangsa ketika kejadian.

Terbaharu, Namewee, direman selama enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

“Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula hari ini 5 November hingga 10 November,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, penyanyi rap itu menyerah diri di IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi, 31.

Pempengaruh warga Taiwan yang cukup popular dengan gelaran ‘Nurse Godess’ itu ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, bulan lalu. – 5 November, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related