HEADLINES

Tiada had masa untuk Nurul Izzah bercuti: Fuziah

PKR bersedia menerima kembali Nurul Izzah untuk meneruskan tugas apabila beliau bersedia memikul semula tanggungjawab berkenaan

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada tempoh masa ditetapkan bagi Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk bercuti daripada tugas parti selepas menyuarakan hasrat menyambung pengajian, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh.

Menurut Fuziah, parti itu bersedia menerima kembali pemimpin nombor duanya untuk meneruskan tugas apabila beliau bersedia memikul semula tanggungjawab berkenaan.

“Timbalan Presiden akan bercuti selepas kongres. Ya, (beliau) menyelesaikan tugas sewaktu kongres dan selepas itu baru Timbalan Presiden akan bercuti,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bersama Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan memaklumkan mesyuarat yang diadakan telah membincangkan mengenai permohonan Nurul Izzah untuk berundur sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, selepas mendengar pandangan Nurul Izzah dan pimpinan parti berkenaan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum.

MPP juga memutuskan supaya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden, menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Sementara itu, Fuziah berkata Ucapan Dasar Presiden dijangka menyentuh berkaitan perjuangan, hala tuju, masa depan parti serta agenda reformasi institusi manakala usul yang dibahaskan pula bergantung kepada perwakilan.

“Ucapan Dasar Presiden tentu sekali akan bercakap berkenaan dengan memperkasakan parti, perjuangan, hala tuju, masa depan, agenda reformasi, institusi dan sebagainya.

“Ini terserah kepada para perwakilan apa-apa usul yang mereka nak bawa kerana mereka boleh bahas usul yang dibawa antaranya memperkasakan parti,” katanya. – 14 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related