HEADLINES

Namewee akan dibebaskan esok, tiada bukti pembabitan kematian pempengaruh dari Taiwan

Bagaimanapun, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, akan dilepaskan dengan jaminan polis esok selepas tiada bukti setakat ini yang menunjukkan suspek terbabit dalam kes kematian pempengaruh wanita dari Taiwan.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, arahan telah diberikan supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung kes berkenaan, lapor Buletin TV3.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, sebelum ini memberitahu polis telah melengkapkan siasatan terhadap Namewee berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita itu.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini, dan masih menunggu arahan lanjut.

Namewee disambung reman tiga hari hingga esok selepas reman pada 5 November lepas berakhir pada Isnin.

Mangsa Hsieh Yun Hsin, 33, ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama mangsa. – 12 November, 2025

Topics

 

Hangat

FIFA shuts down rumours of KL office move to Jakarta

World football body confirms its Kuala Lumpur hub remains operational, dismissing claims of relocation to Indonesia as baseless

Trump lawsuit settlement talks raise questions over IRS audits, ethics concerns

The US Justice Department is reportedly exploring settlement options in President Donald Trump’s US$10 billion lawsuit against the IRS, including a proposal that could halt audits involving Trump and his family businesses, sparking fresh ethical and legal questions

Pengeluaran pasport baharu 94 ciri keselamatan ditangguhkan serta-merta

Demi memastikan ekosistem penyampaian perkhidmatan imigresen kekal berada pada tahap optimum tanpa sebarang gangguan teknikal, Jabatan Imigresen Malaysia mengambil langkah proaktif menunda pengenalan dokumen kembara berwajah baharu demi keselesaan menyeluruh rakyat

Related