HEADLINES

Kementerian Kewangan lantik Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Labuan FSA

Ahmad Hizzad kini adalah Pengerusi FWD Takaful Bhd dan KAF Digital Bank Bhd serta menganggotai lembaga pengarah SME Bank

11:59 AM MYT

 

LABUAN – Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.

Ahmad Hizzad kini merupakan Pengerusi FWD Takaful Bhd dan KAF Digital Bank Bhd serta menganggotai lembaga pengarah Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank).

Pelantikan beliau berasaskan pengalaman selama 32 tahun di Bank Negara Malaysia (BNM), dan sepanjang tempoh itu beliau memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang Perbankan dan Takaful Islam, Pembangunan Sektor Kewangan, serta Sistem dan Instrumen Pembayaran.

Ahmad Hizzad juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Gabenor BNM dari 2014 hingga bersara pada 2018.

Di samping itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan utama, termasuk pengerusi Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Mizuho Bank (Malaysia) Bhd, selain pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA dari 2011 hingga 2017.

Ahmad Hizzad memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari St. Louis University dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Eastern Illinois University, kedua-duanya di Amerika Syarikat.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bernama, Ketua Pengarah Labuan FSA Affendi Rashdi berkata pengalaman luas Ahmad Hizzad di BNM serta kepimpinan beliau sebelum ini di Labuan FSA memberinya pemahaman mendalam terhadap industri kewangan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

“Pengetahuan dan pengalaman luas beliau menjadikannya calon yang amat sesuai untuk mempengerusikan Labuan FSA. Pengurusan Labuan FSA menantikan bimbingan beliau dalam meneruskan agenda pertumbuhan dan pembangunan Labuan IBFC,” katanya.

Labuan FSA turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah, pengerusi terdahulu yang bersara pada 2024, atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya. – 13 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related