◉ HEADLINES

Polis tahan warga asing disyaki liwat, campak kucing

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki meliwat seekor kucing sebelum mencampakkannya dari aras empat, sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Jumaat lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Anak Embol, kejadian itu dilaporkan oleh salah seorang penduduk pada jam 12.30 malam Sabtu lalu selepas melihat suspek yang dalam keadaan bogel, dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

Pengadu dan suaminya, kata Ramsay turut menegur tindakan suspek itu namun suspek bertindak mencampakkan kucing itu sebelum melarikan diri.

“Pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka terlihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dari dalam kereta. Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur tindakan suspek.

“Bagaimanapun suspek bertindak mencampak kucing tersebut ke bawah sebelum melarikan diri. Kejadian turut dirakam pengadu menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, lelaki berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan ditahan pada jam 4.46 pagi, hari yang sama.

Menurut Ramsay, suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 19 November bagi membantu siasatan.

Kes itu, katanya, disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan yang membawa hukuman penjara dua puluh tahun dan denda atau sebat.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,’’ katanya. – 16 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related