HEADLINES

Kerabat dikait kontrak parkir, Amirudin tegaskan syarikat dinilai atas merit

MB Selangor berkata tidak salah untuk institusi diraja terlibat atau menjadi penaung kepada syarikat dianugerahkan konsesi bawah insiatif kerajaan negeri

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan tiada salahnya institusi diraja terlibat atau bertindak sebagai penaung kepada syarikat yang menerima konsesi di bawah inisiatif kerajaan negeri untuk menswastakan tempat letak kereta.

Beliau berkata, faktor utama yang harus diberi perhatian adalah kebolehan syarikat berkenaan untuk menambah nilai dengan menyediakan kemudahan parkir yang lebih baik dan berdaya saing.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat (dalam membuat saringan pemilihan syarikat) sebab telah serahkan kepada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

“MBI melakukan proses saringan dan proses saringan itu tidaklah menyemak sampai siapa ‘the real owner’ dan sebagainya.

“Kalau syarikat terbabit mempunyai keupayaan itu, saya rasa tidak menjadi kesalahan pula untuk institusi raja terlibat mungkin sebagai penaung pihak yang terbabit,” katanya ketika ditanya media selepas merasmikan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Selangor 2025, semalam.

Terdahulu, Kumpulan anti-rasuah Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4 Centre) dalam satu kenyataan mendakwa pentadbiran negeri bukan sahaja mendiamkan diri mengenai isu tersebut, malah didakwa cuba menyekat akses awam kepada dokumen-dokumen utama berkaitannya.

Kumpulan itu turut mengulas laporan portal Malaysiakini berhubung seorang kerabat diraja Selangor dikaitkan dengan sebuah syarikat yang dianugerahkan tiga konsesi setakat ini di bawah inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk menswastakan tempat letak kereta.

Laporan itu mendedahkan pegangan 16.5% Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam Selmax Sdn Bhd, yang setakat ini telah menerima tiga konsesi menerusi Skim Parkir Pintar Selangor (SIP).

Projek itu mendapat perhatian selepas laporan bahawa satu konsesi tambahan, Selmax Sdn Bhd, telah dibawa masuk tidak lama selepas Rantaian Mesra Sdn Bhd diumumkan sebagai operator asal pada 9 Julai.

Dalam perkembangan berkaitan, Bursa Malaysia pada 15 Julai menunjukkan Selmax telah memperoleh konsesi jangka panjang daripada beberapa pihak berkuasa tempatan, menimbulkan persoalan mengenai potensi konflik kepentingan dan ketelusan. – 22 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related