HEADLINES

Mangsa banjir kini cecah 10,460 di 8 negeri setakat pagi ini

Kelantan catat mangsa tertinggi (8235) diikuti Perak (921), Terengganu (369), Kedah (337), Perlis (283), Pulau Pinang (237), Sarawak (44) dan Selangor (34)

9:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara setakat jam 6 pagi ini terus meningkat kepada 10,460 membabitkan lapan negeri.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 8,235 orang kini ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Perak menjadi negeri kedua paling terjejas dengan 921 mangsa berlindung di 16 PPS yang dibuka di Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.

Terengganu pula merekodkan 369 mangsa yang dipindahkan ke dua PPS di daerah Besut, manakala Kedah mencatatkan 337 mangsa di tiga PPS di daerah Kulim.

Di Perlis, dua daerah terjejas, Padang Besar dan Kangar, menyaksikan 283 mangsa ditempatkan di enam PPS.

Pulau Pinang pula melaporkan 237 mangsa berlindung di empat PPS di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Sementara itu, Selangor mencatatkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga yang kini berada di satu PPS di Sabak Bernam.

Di Sarawak, seramai 44 mangsa dilaporkan terjejas dan ditempatkan di satu PPS di daerah Miri.

Orang ramai dinsihatkan sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko. – 24 November, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related