◉ HEADLINES

Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Dengkil

Polis menemui sepucuk senjata api jenis colt 45, tujuh paket lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dan tiga butir peluru jenama kynoch kaliber .45 dalam kenderaan lelaki itu

9:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di tepi jalan, Batu 8, Jalan Banting – Dengkil, Selangor, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), JSJ, telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis perodua berwarna perak yang dinaiki oleh seorang lelaki, dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 8.10 malam.

Ketika itu, pasukan berkenaan, katanya, menjalankan operasi mengesan dan mencegah kejadian jenayah samun di sekitar kawasan Banting, Dengkil dan Sepang dengan menggunakan kenderaan pasukan.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis.

“Pasukan polis telah membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, suspek telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan hasil siasatan awal suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan namun tiada sebarang pengenalan diri dijumpai.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek telah menemui sepucuk senjata api jenis colt 45, tujuh paket lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dan tiga butir peluru jenama kynoch kaliber .45,’’ katanya.

Beliau memberitahu, siasatan kes berkenaan masih dijalankan. – 25 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related