HEADLINES

Keputusan titah Adendum Najib diawalkan 22 Disember

Keputusan itu diawalkan dari 5 Januari ke 22 Disember ini, jam 9 pagi

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui lebih awal sama ada Titah Adendum boleh dilaksanakan ke atas beliau bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah, apabila keputusan itu dipercepatkan pada 22 Disember ini.

Menurut pegawai khas bekas Perdana Menteri, A. Lufti Azhar, ia ditetapkan pada jam 9 pagi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 5 Januari ini bagi memutuskan sama ada Titah Adendum itu akan dikuatkuasakan ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Hakim Alice Loke Yee Ching selepas mendengar penghujahan pasukan peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili pihak kerajaan.

Tarikh baharu itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan kepada Malay Mail.

Pada 13 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan menyerahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya di hadapan hakim baharu, selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung adendum tersebut.

Najib, 72, memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Jan tahun lepas.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta, termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 25 November, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related