HEADLINES

Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM

Shamsul Iskandar berkata beliau difahamkan ada percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani

5:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Shamsul berkata surat itu diserahkan kepada Perdana Menteri, pagi tadi.

Shamsul memberitahu, beliau difahamkan ada percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,’’ katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Anwar di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Pada 21 November lalu, Anwar menolak gesaan supaya beliau memecat setiausaha politiknya berhubung kontroversi melibatkan surat sokongan kepada kontraktor yang membida projek hospital, tahun lalu.

Menurut Anwar, surat sokongan berkenaan adalah “kabur” dan tidak membawa maksud arahan, selain menegaskan proses kelulusan projek tidak dipengaruhi oleh surat itu kerana pihak berkuasa berkaitan maklum sepenuhnya mengenai prosedur standard.

Kenyataan itu susulan gesaan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli supaya tindakan diambil, termasuk kemungkinan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung sepucuk surat sokongan berkenaan.

Pada 18 November lalu, Anwar mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau telah menegur keras setiausaha politiknya kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.

Malah, katanya, beliau sendiri hanya boleh menulis ‘sila teliti semula’ bagi surat-surat yang ditujukan kepadanya kerana sebarang kontrak perlu melalui proses semakan dan tidak boleh menerima sokongan automatik. – 25 November, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related