HEADLINES

PM sahkan terima peletakan jawatan Shamsul, SPRM bebas siasat dakwaan

Semalam, Shamsul Iskandar meletak jawatan sebagai setiausaha politik kanan mendakwa ada cubaan menyerangnya yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani

12:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan menerima peletakan jawatan setiausaha politik kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, susulan cubaan menyerangnya dengan perkara boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan terima kasih atas perkhidmatan ketua PKR Melaka itu sepanjang memegang jawatan terbabit.

“Berhubung tuduhan timbul, saya menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.

“Kerajaan Madani kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya lagi.

Semalam, negara dikejutkan dengan peletakan jawatan Shamsul sebagai setiausaha politik kanan kepada perdana menteri dengan mendakwa wujud percubaan menyerangnya dengan perkara boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya.

Terdahulu, Shamsul terpalit kontroversi pengeluaran surat sokongan membabitkan kontraktor dalam sebuah projek hospital.

Ia diikuti laporan portal Malaysiakini yang melaporkan ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, mendakwa beliau telah membelanjakan sebanyak RM629,000 ke atas Shamsul, termasuk bagi kerja ubah suai hartanah yang dikaitkan dengan pemimpin PKR itu, selain pemberian cerut premium dan sut tempahan khas.

Jun lalu, Tei didakwa atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung skandal permit pelesenan mineral di negeri itu.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional (PN) menggesa SPRM menyiasat Shamsul atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, susulan dakwaan Tei serta kewujudan surat sokongan yang dikaitkan dengan beliau. – 26 November, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related