HEADLINES

PM yakin barisan Kabinet baharu kekal untuk empat tahun 

Ini berdasarkan prestasi memuaskan, tiada tekanan atau masalah

12:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan barisan Kabinet baharu diumumkan hari ini akan kekal tanpa perlu dilakukan perubahan untuk empat tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata, barisan itu akan kekal berdasarkan prestasi yang memuaskan dan tiada tekanan atau masalah baharu.

“Saya harap Insya-Allah keadaan prestasi baik memuaskan dan tidak ada tekanan atau masalah baru seperti isu transformasi digital.

“Saya tidak fikir harus ada apa-apa perubahan empat tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman barisan Kabinet baharu hari ini.

Pengumuman itu menyaksikan jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang manakala timbalan menteri daripada 27 kepada 29 orang.

Selain itu Perdana Menteri berkata, rombakan dilakukan bagi membawa sedikit penyesuaian keadaan diperlukan selepas tugas yang baik disempurnakan sebaik mungkin memasuki setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, perbincangan turut dilakukan bersama ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan dan komponen Pakatan Harapan dan seterusnya membuat beberapa cadangan dan mempersembah bagi perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Keadaan juga berubah seiring perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup mesti ditangani dengan baik dan penerimaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Isu pendidikan, pendidikan tinggi terutama dalam urusan meneroka bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital menyebabkan saya memikir semula, membuat sedikit sebanyak penyesuaian, sesuai keadaan dan tuntutan semasa,” katanya. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related