◉ HEADLINES

Solat Jumaat di Musala IOI City Mall dibenar sejak 2024, bersifat sementara: Mais

Langkah pengecualian khas itu diberikan selepas mengambil kira kepadatan pekerja serta pengunjung beragama Islam dan jarak ke masjid terdekat yang melebihi 7 kilometer

11:08 AM MYT

 

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjelaskan kebenaran mendirikan solat Jumaat di Musala IOI City Mall, Putrajaya telah diberikan bermula 6 September 2024, selepas diputuskan Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) serta mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Mais, Datuk Salehuddin Saidin berkata, kelulusan itu diberikan selepas penelitian mendapati premis berkenaan mempunyai ramai pekerja lelaki beragama Islam selain menerima jumlah pengunjung Islam yang tinggi, sekali gus menyebabkan mereka berdepan kesukaran menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

“Masjid yang terdekat dengan premis berkenaan ialah Masjid Al-Mustaqim Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda yang terletak pada jarak lebih kurang 7.6 kilometer dan Masjid UNITEN, Kajang yang terletak pada jarak lebih kurang 7.7 kilometer.

“Di samping itu kedua-dua masjid tersebut juga tidak mampu menampung jumlah ahli jemaah yang ramai ketika mendirikan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mais turut menegaskan sekali lagi bahawa kebenaran mendirikan solat Jumaat di Musala IOI City Mall adalah bersifat sementara, dan akan ditamatkan apabila sebuah masjid baharu berhampiran premis berkenaan siap dibina serta mampu memenuhi keperluan jemaah, termasuk pekerja di kawasan itu.

Beliau berkata MAIS bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus memastikan pengurusan dan pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini dilaksanakan secara teratur, mematuhi kehendak hukum syarak serta selaras dengan peruntukan undang-undang demi menjaga kemaslahatan umat Islam.

Selasa lepas, Salehuddin dalam kenyataan memaklumkan Sultan Sharafuddin tidak memberikan perkenan untuk mana-mana surau atau musala di pusat beli-belah di negeri itu, diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat buat masa ini.

Salehuddin berkata walaupun pada masa ini terdapat satu surau atau musala di pusat beli-belah di Selangor yang telah diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat, langkah itu bersifat sementara berikutan tiada masjid yang berdekatan dengan premis berkenaan. – 10 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related