HEADLINES

Gagal hadir ke mahkamah, pengasas eHati dan kaunselor dikenakan waran tangkap

Mahkamah menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes

6:11 PM MYT

 

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan kaunselornya selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Hakim Syarie Dr Zainal Abidin Kusmin mengeluarkan perintah itu terhadap Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Husaini Roslin.

Mahkamah turut mengarahkan pihak berkuasa membuat carian di Imigresen terhadap Nur Diyanah, yang beralamat di Damansara, dan memberi kuasa kepada pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam untuk menahan Zatul Azmah, yang juga pegawai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Zainal Abidin menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, rakan pengasas eHati itu selaku penjamin telah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran wanita tersebut ke mahkamah.

Wanita itu berkata kesanggupan beliau untuk menjadi penjamin tidak lebih daripada sifat belas kasihan kerana keluarga pengasas eHati berkenaan tidak hadir untuk membantu.

“Saya berkawan dengan dia sejak 2021 tapi tidak pernah ke rumahnya,” kata wanita itu yang bekerja sebagai doktor. – 26 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related