HEADLINES

Perolehan projek tentera: SPRM siasat syarikat peroleh projek yang tinggi dan meragukan

Siasatan awal mendapati bermula 2023 sehingga 2025, terdapat 158 projek perolehan tentera bernilai lebih RM500,000, manakala sebanyak 4,521 projek lagi bernilai di bawah RM500,000

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan perolehan projek tentera mendapati terdapat beberapa syarikat yang memperoleh projek yang tinggi dan agak meragukan.

Menurut sumber, bagaimanapun semakan terperinci terhadap profil syarikat-syarikat yang dianugerahkan kontrak berkenaan masih belum dijalankan.

Ia juga memaklumkan, tiga individu sudah dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan semalam.

“SPRM turut mempergiatkan siasatan yang dimulakan 23 Disember lalu dengan memeriksa beberapa akaun disyaki mempunyai kaitan dengan amalan rasuah membabitkan pegawai kanan tentera dalam siasatan kes itu.

“Siasatan awal mendapati bermula 2023 sehingga 2025, terdapat 158 projek perolehan tentera bernilai lebih RM500,000, manakala sebanyak 4,521 projek lagi bernilai di bawah RM500,000,’’ kata sumber itu hari ini.

SPRM sebelum ini memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung dakwaan Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mengenai isu pengubahan wang haram melibatkan pegawai kanan ATM.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beberapa saksi akan dipanggil bagi siasatan dakwaan transaksi luar biasa melibatkan akaun pegawai terbabit.

Beliau turut mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada Selasa, SPRM telah mengunjungi ibu pejabat Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek tentera sejak 2023. – 25 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related