◉ HEADLINES

Pelajar Tingkatan 4 pengsan dibelasah di bilik air asrama sekolah

Menurut polis mangsa dikatakan memburukkan seorang rakan sekolah hingga mencetuskan pergaduhan

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan berkata empat pelajar ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki ditemui pengsan selepas dipukul di tandas asrama sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah.

Beliau turut mengesahkan penahanan empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun itu susulan kejadian yang dilapor berlaku tengah malam Isnin lalu.

“Setakat ini seorang daripada empat pelajar terbabit iaitu yang berusia 16 tahun direman di Mahkamah Sungai Petani untuk membantu siasatan, manakala tiga yang lain dilepaskan,” katanya melalui kenyataan.

Beliau difahamkan ibu mangsa menerima panggilan daripada guru sekolah pada Isnin lalu pada jam 9.05 pagi, memaklumkan anaknya ditemui pengsan dalam tandas sekolah itu.

Pelajar itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu mangsa memaklumkan, anaknya memberitahu dia dipercayai dipukul beberapa pelajar kira-kira jam 12.10 tengah malam Isnin lalu sehingga pengsan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku dalam asrama sekolah dengan punca dipercayai kerana mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit.

“Berikutan itu suspek mengajak tiga lagi rakannya untuk mencari mangsa sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku,” katanya yang menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, lapor BH.

Hanyan berkata, ini kejadian pertama membabitkan sekolah itu dan tiada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. – 27 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related