HEADLINES

Tular beberapa lelaki bergaduh dengan penguatkuasa MBAS kerana tidak dibenar berniaga

Polis sudah menahan dua lelaki yang cuba menghalang penjawat awan menjalankan tugas dan kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan

8:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan di hadapan Dataran Medan Bandar di Alor Setar kecoh apabila sekumpulan lelaki bergaduh dengan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), kerana tidak berpuas hati tidak dibenarkan berniaga di situ.

Kawasan yang terletak bertentangan Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir itu merupakan kawasan larangan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

Insiden tersebut yang tular di media sosial dikatakan berlaku pada malam Khamis lalu, kira-kira 11.38 malam ketika orang ramai sedang berehat di situ selepas berbuka puasa.

Malah ketika itu, kedengaran bacaan ayat-ayat suci al-Quran sedang berkumandang dari Masjid Zahir.

Dalam klip video berdurasi lebih dua minit itu, beberapa lelaki mulanya bertikam lidah dan menjerit dengan penguatkuasa sebelum berlaku adegan tolak menolak.

Keadaan menjadi kecoh malah seorang lelaki menendang tong sampah sambil mengeluarkan bahasa kesat. Meskipun dia cuba ditenteramkan oleh mereka yang ada di situ, namun dia terus mengamuk.

Insiden tersebut dikatakan berlaku pada malam Khamis lalu, kira-kira 11.38 malam ketika orang ramai sedang berehat selepas berbuka puasa. – Gambar tangkap layar, 16 Mac, 2024

Ketika anggota penguatkuasa mahu beredar dari situ, lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati dan terus ‘menyerang’ anggota penguatkuasa.

Dalam pada itu, polis dilaporkan sudah menahan dua lelaki yang cuba menghalang penjawat awan menjalankan tugas dan kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Kawasan tersebut sememangnya menjadi kawasan larangan untuk aktiviti perniagaan malah terdapat papan tanda besar yang memaklumkan mengenai larangan itu.

Notis larangan dikeluarkan sejak 2022 lalu. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related