HEADLINES

Fahmi kesal Lee Chean Chung letak jawatan dalam PKR

Dalam MPP ramai pemimpin mempunyai pandangan berbeza namun mereka tetap menggunakan platform itu untuk menyatakan pendirian masing-masing

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan bukan luar biasa dalam PKR dan ia boleh disuarakan menerusi saluran yang disediakan parti.

Sedangkan, kata beliau, dalam MPP ramai pemimpin mempunyai pandangan berbeza namun mereka tetap menggunakan platform itu untuk menyatakan pendirian masing-masing.

Malah, katanya, perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin bukan luar biasa dalam PKR.

“Saya cuma kesal beliau tidak bersama untuk menyampaikan pandangan.

“Dalam MPP, ramai pimpinan yang mempunyai pandangan berbeza, namun mereka tetap hadir dan menggunakan platform itu untuk menyatakan pendirian masing-masing.

“Perbezaan pandangan dalam kalangan pimpinan bukan luar biasa dalam PKR dan boleh disuarakan menerusi saluran yang disediakan parti.

“Sebagai contoh, bekas pemimpin PKR, Elizabeth Wong, sering mengemukakan pandangan yang berbeza daripada Presiden PKR dan pimpinan lain dalam mesyuarat MPP, namun tetap hadir serta mempertahankan prinsip yang diyakininya.

“Platform itulah yang digunakan untuk memastikan parti kekal berada di landasan yang betul dan sepatutnya Chean Chung melakukan perkara yang sama,” katanya, lapor media.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jurucakap Kerajaan Perpaduan pasca Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Terdahulu, Lee Chean Chung, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta-merta selepas 18 tahun bersama parti itu dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat.

Beliau bagaimanapun menegaskan akan kekal sebagai ahli PKR serta terus menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen sehingga Parlimen dibubarkan.

Mengenai kenyataan Lee berhubung tekanan parti termasuk sekatan akses MyKhas, Fahmi berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara dalaman dan beliau sedia berbincang jika Lee mahu membangkitkan sebarang perkara berkaitan parti.

“Dalam apa-apa perkara, datang berbincanglah. Tak menjadi isu. Malah saya boleh nyatakan, saudara Chean Chung ada berhubung dengan saya tetapi tidak bangkitkan isu ini,” katanya. – 12 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related