◉ HEADLINES

Dakwaan rasuah perolehan bekal, urus kenderaan kerajaan: SPRM perluas siasatan ‘orang kanan’ Tan Sri

Siasatan menjurus kepada bagaimana syarikat ahli perniagaan itu peroleh kontrak sejak 2000

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan lanjut terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan rasuah bagi mendapatkan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 bilion.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan turut diperluaskan terhadap ‘orang kanan’ ahli perniagaan itu termasuk pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat miliknya.

“Siasatan masih lagi dijalankan.

“Pegawai penyiasat (SPRM) akan menyiasat bagaimana syarikat ini memperoleh kontrak itu (membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan) sejak 2000 lagi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu sumber berkata, ahli perniagaan tersebut merupakan proksi kepada seorang taikun yang kini turut disiasat SPRM berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram berdasarkan maklumat Kertas Pandora yang dimulakan sejak Februari tahun lalu.

Pada 19 Januari lalu, Scoop melaporkan, SPRM bertindak menyerbu kediaman ahli perniagaan terbabit bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Azam Baki berkata, suruhanjaya itu akan menyiasat bagaimana syarikat tersebut memperoleh kontrak membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan sejak 2000 lagi. Gambar Bernama, 26 Januari, 2024

Ia merupakan kesinambungan kepada siasatan SPRM sejak Julai tahun lalu.

Turut diserbu beberapa syarikat berkaitan bagi melengkapkan siasatan SPRM.

Pada 2020, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan, sejak 30 Oktober 1993, konsesi fleet kenderaan kerajaan Malaysia telah diuruskan sebuah syarikat sendirian berhad milik Tan Sri tersebut melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan.

Perjanjian tersebut telah tamat pada 31 Disember 2018.

Namun tegas Ahmad Badri, bagi menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan telah memutuskan supaya syarikat konsesi dipilih secara Request For Proposal (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka.

Dengan kata lain tidak ada tender terhad atau pemberian tender secara terus diamalkan. – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

◉ Related