HEADLINES

Rapid Bus struktur semula laluan bermula 16 Januari

19 laluan terpilih di Lembah Klang akan beralih kepada sistem tempahan aplikasi, menjadikan perjalanan lebih fleksibel dan cekap

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) bakal melaksanakan penstrukturan semula fasa pertama melibatkan beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang bermula 16 Januari ini, langkah yang disifatkan penting bagi meningkatkan kecekapan operasi serta kebolehpercayaan perkhidmatan bas awam.

Dalam kenyataan hari ini, Rapid Bus menjelaskan penstrukturan itu membabitkan 16 laluan bas perantara MRT serta tiga laluan Rapid KL yang akan ditukar sepenuhnya kepada perkhidmatan Rapid KL On-Demand.

Langkah ini diambil susulan jumlah penumpang harian yang rendah di laluan berkenaan, selain wujudnya pilihan alternatif melalui perkhidmatan On-Demand.

“Laluan yang terlibat dalam penstrukturan ini merangkumi kira-kira tujuh peratus daripada keseluruhan 281 laluan bas di bawah kendalian Rapid KL, termasuk laluan bas perantara MRT dan LRT,” menurut kenyataan itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria, berkata penstrukturan berkenaan dibuat berdasarkan dapatan Demand-Led Bus Network Study – kajian perancangan rangkaian bas berasaskan data penggunaan sebenar penumpang yang dilaksanakan sejak pertengahan 2024.

Beliau menegaskan kajian itu membolehkan Rapid KL menyusun semula laluan serta kekerapan perkhidmatan agar lebih selari dengan keperluan semasa pengguna, sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan kebolehpercayaan perkhidmatan bas.

Menurutnya, akses perkhidmatan kepada pengguna sedia ada tetap terjamin melalui sokongan Rapid KL On-Demand yang boleh ditempah menerusi aplikasi mudah alih di Google Play dan Apple App Store.

“Rapid Bus kekal komited untuk memastikan proses penstrukturan ini dilaksanakan dengan lancar dan akan terus menyalurkan maklumat terkini kepada orang awam melalui laman web www.myrapid.com.my serta saluran media sosial rasmi Rapid KL,” katanya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi talian bantuan Rapid KL di 03-7885 2585 atau emel [email protected]. – 11 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related