HEADLINES

Azam bidas tuduhan SPRM langgar ‘solicitor-client privilege’

SPRM berkata peguam hanya diminta hadir seperti mana-mana saksi lain dan tidak membabitkan pendakwaan ke atas beliau juga tidak menjejaskan kedudukan sebagai peguam bagi mana-mana pihak

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menafikan dakwaan Majlis Peguam Malaysia bahawa agensi itu melanggar peruntukan Seksyen 46 Akta SPRM 2009 kerana memanggil peguam yang mewakili individu sedang dalam siasatan.

Belia berkata, dakwaan Majlis Peguam Malaysia itu tidak berasas kerana kehadiran peguam berkenaan adalah bagi tujuan merakam keterangan di bawah Seksyen 30(1) dan 30(2) Akta SPRM 2009.

Azam berkata, peruntukan di bawah undang-undang itu memberikan kuasa jelas kepada SPRM untuk meminta mana-mana individu hadir dan mengemukakan dokumen diperlukan bagi membantu siasatan.

“Undang-undang tidak memberikan pengecualian kepada peguam atau mana-mana profesyen dan Seksyen 46 Akta SPRM 2009 berhubung kerahsiaan komunikasi guaman-anak guam (solicitor-client privilege) tidak pernah diketepikan.

“SPRM tidak meminta atau menuntut maklumat yang termasuk dalam nasihat sulit antara peguam dan anak guam. Apa yang diminta ialah bahan bukti dan maklumat yang berada dalam possession beliau sebagai individu yang mempunyai maklumat penting berkaitan siasatan,” katanya pada sidang media Putrajaya, hari ini, lapor BH.

Pada 1 Disember lalu, Majlis Peguam Malaysia mengecam tindakan SPRM memanggil peguam yang mewakili individu sedang dalam siasatan, disifatkan sebagai menjejaskan integriti keistimewaan profesional undang-undang.

Kenyataan itu merujuk kepada tindakan SPRM memanggil Mahajoth Singh, peguam yang mewakili ahli perniagaan Albert Tei yang disiasat berhubung kes rasuah.

Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, tindakan SPRM itu amat membimbangkan kerana ia dilihat memberi isyarat berlaku pencerobohan terhadap hak-hak penting kepada pelaksanaan keadilan.

“Majlis Peguam Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkini SPRM yang jelas bertentangan dengan Seksyen 46 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM),” katanya.

Azam ketika mengulas lanjut berkata, prinsip undang-undang adalah jelas dan ‘keistimewaan’ tidak melindungi seseorang daripada kewajipan hadir apabila dipanggil oleh penguat kuasa dan ia juga tidak melindungi dokumen atau barang kes yang bukan sebahagian daripada nasihat guaman.

“Dalam kes ini, SPRM bertindak mengikut prosedur yang sah. Peguam hanya diminta hadir seperti mana-mana saksi lain. Ini bukan pendakwaan ke atas beliau dan tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai peguam bagi mana-mana pihak,” katanya. – 3 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related