◉ HEADLINES

Shamsul Iskandar ikrar lawan dakwaan rasuah

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berikrar untuk membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah di mahkamah hari ini.

Bercakap kepada media selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM150,000, Shamsul Iskandar, 51, berkata, beliau sejak awal lagi telah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Insya-Allah, saya akan buktikan saya tidak bersalah. Kita akan ikut jalur hukum proses mahkamah.

“Saya akan menegakkan prinsip undang-undang dan sejak awal lagi, saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Beliau ditemani peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad dan Yusmadi Yusoff.

Terdahulu, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Shamsul Iskandar, ketika itu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, didakwa bersetuju menerima suapan secara rasuah bagi dirinya sendiri iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing, 37, di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur pada 24 Nov 2023.

Suapan itu didakwa diberikan sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat yang dimiliki Tei mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun perkara itu tiada kaitan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.

Shamsul Iskandar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM40,000 daripada Tei bagi tujuan sama di sebuah premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, pada 29 Jan 2024.

Beliau turut didakwa atas dua lagi pertuduhan menerima suapan berbentuk kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada individu sama bagi tujuan serupa.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, antara 7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024, serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 26 Feb dan 5 Mac 2024. – 4 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related