◉ HEADLINES

Anwar belum panggil DAP untuk bincang rombakan Kabinet: Loke

Setiausaha Agung DAP berkata terdapat empat kekosongan dalam Jemaah Menteri iaitu Menteri Ekonomi; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

9:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memanggil pemimpin parti itu untuk membincangkan rombakan Jemaah Menteri akan datang.

Ia berikuan empat jawatan dalam Jemaah Menteri kini kosong susulan peletakan jawatan dan tamat tempoh perkhidmatan.

Kelmarin, Anwar mengesahkan beliau akan berunding dengan ketua parti dalam kerajaan sebelum mengumumkan rombakan kecil dalam masa terdekat.

Loke yang juga menteri pengangkutan berkata, walaupun penyusunan semula Jemaah Menteri prerogatif perdana menteri, perbincangan biasanya akan diadakan dengan semua ketua parti lebih awal.

“Bila dalam perbincangan itu, maka setiap parti sudah tentu akan memberikan pandangan masing-masing dan saya sendiri akan bagi pandangan secara bersemuka dengan beliau,” katanya memetik Sinar Harian selepas majlis pecah tanah pembangunan berorientasikan transit Seremban Sentral di Seremban semalam.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, Anwar belum memberi sebarang bayangan bila rombakan Jemaah Menteri akan diumumkan.

Mengulas sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi barisan menteri DAP, Loke berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dengan perdana Menteri apabila mereka bertemu nanti.

Empat kekosongan dalam Jemaah Menteri ialah Menteri Ekonomi; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Pada Rabu lalu, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan rombakan Jemaah Menteri akan diadakan dan Anwar dijangka mengumumkan barisan baharu tidak lama lagi.

Media sebelum ini melaporkan Anwar tidak perlukan rombakan besar-besaran kerana kerajaan semasa hanya berbaki tempoh pentadbiran kira-kira setahun setengah. – 7 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related