HEADLINES

Prasarana tangguh lagi operasi LRT3 laluan Shah Alam, wujud gangguan kecil sistem perisian

Prasarana berkata gangguan kecil pada sistem perisian itu dikesan selepas mencapai ribuan kilometer operasi memaksa ujian ketat dijalankan untuk jarak perjalanan lebih jauh

2:13 PM MYT

 

SHAH ALAM – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan LRT3 laluan Shah Alam ditangguhkan operasinya bagi memastikan keselamatan penumpang mencapai tahap optimum, selepas dijadual beroperasi 31 Disember ini.

Perkara itu dijelaskan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, Amir Hamdan sekali gus mengesahkan wujud gangguan kecil pada sistem perisian selepas mencapai ribuan kilometer operasi memaksa ujian ketat dijalankan untuk jarak perjalanan lebih jauh.

“Sepanjang ujian intensif, terdapat isu perisian secara berselang yang hanya timbul selepas tren melalui jarak jauh, seperti: ketepatan berhenti di platform, tindak balas tren bergerak, dan operasi pintu automatik.

“Dengan memperkukuh ujian sekarang, kita mengelakkan gangguan di kemudian hari dan
memastikan pengalaman perjalanan yang lancar serta selamat dari hari pertama,” katanya pada sesi taklimat kepada media di sini, hari ini.

Amir berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi dalam aspek keselamatan, keandalan dan kestabilan sistem, selaras dengan piawaian ketat yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Hanya setelah semua sistem berfungsi pada tahap optimum, dan semua isu diselesaikan, barulah laluan ini boleh dipertimbangkan untuk pengoperasian.

“Semua kerja pembaikan dan penambahbaikan teknikal kini diberi keutamaan bagi memastikan Laluan Shah Alam benar-benar sedia, stabil dan selamat sebelum dibuka untuk orang ramai,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh jangkaan operasi LRT Laluan Shah Alam, Amir berkata pihaknya akan mengadakan satu lagi sidang media pada pertengahan Januari depan untuk berkongsi perkembangan terbaharu laluan berkenaan.

“Sekiranya sistem belum berada dalam keadaan stabil, pembukaan pada suku pertama atau suku kedua masih belum dapat dipastikan. Pihak syarikat memberi jaminan bahawa maklumat terkini mengenai tahap kesiapsiagaan operasi Laluan Shah Alam akan diumumkan pada tengah Januari ini,” katanya.

Semalam media melaporkan kelewatan berkenaan turut dipengaruhi proses panjang yang diperlukan syarikat multinasional Siemens untuk menghantar dan menstabilan perisian sistem isyarat.

Menurut sumber, kerja-kerja penambahbaikan dan pengesahan terhadap perisian isyarat Siemens serta integrasinya itu masih berjalan.

Bagi memastikan semua sistem berfungsi dengan lancar, tempoh ujian dilanjutkan supaya sebarang isu dapat dikesan dan diselesaikan sebelum perkhidmatan dibuka kepada orang ramai. Langkah ini diambil bagi memastikan LRT3 beroperasi dengan selamat dan boleh dipercayai sejak hari pertama.

Mengulas lanjut Amir turut menafikan dakwaan berlaku peningkatan kos berikutan penangguhan projek kerana ia dilaksanakan di bawah kontrak kos tetap.

“Kami mengambil masa ini untuk menyiapkan sepenuhnya — agar penumpang menikmati
perkhidmatan yang moden, selesa dan diyakini untuk jangka masa panjang.

“Lebih baik diteliti sekarang, daripada menyusahkan penumpang kemudian,” tegasnya. – 10 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related