HEADLINES

Armada Johor dakwa video Mahathir dimanipulasi untuk jatuhkan Muhyiddin

Ketua Armada Johor akan ambil tindakan undang-undang, klip tular sengaja disunting hingga beri gambaran palsu terhadap Presiden Bersatu

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Armada Bersatu Johor mendakwa satu rakaman video pertemuan mereka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimanipulasi’ dan ‘disunting’ bagi mencetuskan persepsi palsu bahawa mantan perdana menteri menuduh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencuri wang parti.

Klip berdurasi dua minit itu mula tular di WhatsApp pagi tadi, memaparkan Mahathir seolah‑olah membuat dakwaan keras terhadap Muhyiddin — namun Armada Johor menegaskan ia adalah hasil suntingan berniat jahat.

Ketua Armada Johor, Alias Rasman, tampil menafikan naratif tersebut dan mendakwa Mahathir sebenarnya merujuk kepada individu lain, bukan Muhyiddin.

“Orang itu sunting‑sunting, potong‑potong. Jadi benda itu misleading (mengelirukan). Saya kenal siapa buat itu dan saya akan buat laporan polis,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Alias yang juga seorang peguam, berkata beliau akan memfailkan tindakan undang‑undang sivil terhadap individu yang menghasilkan klip tersebut.

Menurutnya, pertemuan itu hanyalah kunjungan hormat Armada Johor ke pejabat Mahathir di Putrajaya, dan perkara itu diketahui oleh Muhyiddin serta Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham.

Namun, katanya, ada pihak tertentu yang hadir telah memilih untuk ‘memanipulasi video’ tersebut demi kepentingan politik.

Klip tular itu turut disertakan kapsyen mendakwa Mahathir membongkar kononnya Muhyiddin mahu menjadi perdana menteri kerana takut dipenjarakan.

Dalam rakaman itu, Mahathir kedengaran berkata seseorang ‘ada masalah’ dan ‘mahu jadi perdana menteri bukan untuk berkhidmat’ tetapi kerana bimbang masuk penjara.

“Pasai (pasal) kalau dia tak jadi PM, ada kemungkinan dia masuk dalam (penjara) pasal dia pun curi duit. Saya tahu. Duit parti, duit bagi kepada parti dia tak bagi pada parti, dia simpan di rumah dia dan duit tu la dia belanja,” katanya — tanpa menyebut sebarang nama.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahathir turut mengkritik Muhyiddin kerana tidak mengendahkan nasihatnya supaya tidak bekerjasama dengan Najib Razak.

Pihak media kini sedang cuba menghubungi pejabat Mahathir dan Muhyiddin untuk mendapatkan maklumat lanjut. – 12 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

Muhyiddin sudah ‘hilang kawalan’ parti perlu reformasi segera: Saifuddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘hilang kawalan’ dan Bersatu berisiko kehilangan hala tuju sekiranya parti itu tidak menjalankan reformasi dengan segera, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Beliau yang dipecat daripada...

Related