HEADLINES

Krisis sempadan Kemboja-Thailand: Anwar dan Trump bincang usaha tamatkan konflik

Malaysia gesa dialog segera, manakala AS mengambil peranan sebagai pengantara penting dalam konflik serantau

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengenai ketegangan terbaharu di sempadan Kemboja–Thailand.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu dibangkitkan ketika beliau menerima panggilan telefon daripada Trump, yang turut menyentuh hubungan dua hala serta isu global berkepentingan bersama.

“Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN.

“Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN,” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar berkata Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi semasa dan menyokong langkah meredakan ketegangan yang semakin membimbangkan.

“Saya turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif Amerika Syarikat dengan ASEAN, serta keyakinan yang diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” ujar beliau.

Konflik sempadan Kemboja–Thailand yang berlarutan lebih satu abad kembali memuncak pada Julai lalu, mencetuskan pertempuran selama lima hari.

Ketegangan itu akhirnya berjaya diredakan melalui gencatan senjata yang dicapai di Kuala Lumpur pada 24 Julai, sebelum kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada 26 Oktober semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 — disaksikan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN dan Trump.

Bagaimanapun, pertempuran kembali tercetus baru-baru ini, menyebabkan beberapa kematian dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan kawasan terjejas.

Dalam perkembangan terkini, Trump mengumumkan secara lantang bahawa Thailand dan Kemboja akhirnya tunduk kepada desakan antarabangsa untuk menghentikan pertempuran sengit di sepanjang sempadan.

“Saya mengadakan perbualan yang sangat baik pagi ini dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, berhubung kebangkitan semula perang lama mereka yang amat mendukacitakan,” kata Trump.

“Kedua-dua pemimpin telah bersetuju menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang ini dan kembali kepada Perjanjian Damai asal yang dibuat bersama saya dan mereka, dengan bantuan Perdana Menteri Malaysia yang hebat, Anwar Ibrahim,” tegasnya dalam kenyataan yang disiarkan melalui platform Truth Social miliknya.

Trump turut menekankan bahawa Thailand dan Kemboja kini menunjukkan kesediaan untuk kembali kepada perdamaian dan mengekalkan hubungan perdagangan dengan AS, sambil mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas peranan pentingnya dalam meredakan ketegangan. – 13 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related