◉ HEADLINES

Curi duit parti: Muhyiddin nafi tuduhan Tun M, tiada hasrat heret ke mahkamah

Presiden Bersatu itu menegasan semua urusan kewangan parti diurus secara telus dan enggan ambil tindakan terhadap Tun M

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu klip video yang tular bahawa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah.

Walau tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas itu tular sejak pagi semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tiada niat untuk mengheret Tun M ke muka pengadilan.

“Saya tetap menghormati Tun Mahathir sebagai orang tua. Saya sendiri telah menyokong usaha-usaha beliau untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan hubungan kami adalah akrab.

“Oleh yang demikan, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook hari ini.

Muhyiddin turut menjelaskan beliau tidak pernah mencuri wang parti, malah semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung.

“Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan kerana beliau mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sebagai seorang negarawan, beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap saya.

“Dalam banyak pertemuan saya dengannya, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapan saya. Maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri saya,” jelasnya dalam perkongsian tersebut.

Semalam, Armada Bersatu Johor mendakwa satu rakaman video pertemuan mereka dengan Tun M telah dimanipulasi’ dan ‘disunting’ bagi mencetuskan persepsi palsu bahawa mantan perdana menteri menuduh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencuri wang parti.

Klip berdurasi dua minit itu mula tular di WhatsApp pagi semalam, memaparkan Tun M seolah‑olah membuat dakwaan keras terhadap Muhyiddin — namun Armada Johor menegaskan ia adalah hasil suntingan berniat jahat.

Dalam rakaman itu, Mahathir kedengaran berkata seseorang ‘ada masalah’ dan ‘mahu jadi perdana menteri bukan untuk berkhidmat’ tetapi kerana bimbang masuk penjara.

“Pasai (pasal) kalau dia tak jadi PM, ada kemungkinan dia masuk dalam (penjara) pasal dia pun curi duit. Saya tahu. Duit parti, duit bagi kepada parti dia tak bagi pada parti, dia simpan di rumah dia dan duit tu la dia belanja,” katanya — tanpa menyebut sebarang nama. – 13 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Malaysia, Bangladesh move to reopen labour market with zero-cost hiring push

Faster intake, AI-led recruitment and tighter safeguards agreed to cut worker fees, curb intermediaries and improve transparency

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related