◉ HEADLINES

PM buat pengumuman khas rombakan Kabinet hari ini

Kerajaan Madani akan beri keutamaan perkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan rombakan Kabinet petang ini.

Pengumuman anggota Kabinet Kerajaan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi media utama selain Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri pada jam 3.30 petang.

“Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan Madani.

“Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara,’’ katanya menerusi hantaran di media sosial beliau.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet hangat diperkatakan susulan empat kekosongan dalam Kabinet, dengan portfolio tersebut diuruskan sementara oleh menteri lain.

Jawatan yang kosong ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini menegaskan kerajaan tidak merancang rombakan besar dalam masa terdekat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku pagi tadi. – Gambar Facebook, 16 Disember, 2025

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku pagi ini.

Beberapa keping gambar pertemuan berkenaan dimuatnaik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (16 Disember),’’ demikian tulis hantaran tersebut.

Bagaimanapun tidak dinyatakan tujuan pertemuan tersebut. – 16 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related