HEADLINES

‘Kenapa kes tembak Durian Tunggal tak disiasat sebagai kes bunuh dari awal’: Kulasegaran

Timbalan Menteri Undang-Undang gesa polis percepat siasatan demi keyakinan awam

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, hari ini mempersoalkan tindakan polis yang tidak segera memulakan siasatan kes bunuh membabitkan insiden tembakan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menegaskan keyakinan awam terhadap institusi hanya dapat dipelihara sekiranya siasatan dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.

“Pihak polis mesti menyegerakan siasatan bagi memastikan semua bukti dikumpulkan dan keterangan saksi diperoleh ketika ingatan mereka masih segar,” katanya satu dalam kenyataan.

Kulasegaran turut mengingatkan bahawa cara siasatan dijalankan akan memberi kesan besar terhadap persepsi masyarakat.

“Hasil siasatan akan membawa implikasi besar terhadap keyakinan awam terhadap profesionalisme pihak berkuasa, khususnya kesediaan mereka mengambil tindakan terhadap individu berkuasa, selain keupayaan institusi melindungi hak dan maruah golongan rentan,” ujarnya.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan siasatan kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh. Kulasegaran menyambut baik langkah itu, menyifatkannya sebagai komitmen terhadap ketelusan dan penting untuk memperkukuh keyakinan awam.

“Keluarga mangsa mesti diberikan jaminan bahawa siasatan akan benar-benar sampai kepada punca sebenar kejadian,” katanya.

Insiden pada 24 November lalu menyaksikan tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka dikatakan menyerang anggota polis dengan parang di sebuah ladang kelapa sawit. Seorang koperal polis cedera parah di lengan kiri dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu.

Ahli keluarga mangsa bagaimanapun menolak dakwaan bahawa suspek bertindak ganas, menyebabkan Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Rekod menunjukkan ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dalam 20 kes jenayah di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian keseluruhan dianggarkan RM1.35 juta. – 17 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related